Khamis 21 November 2019
Text Size

 

BENGKEL PENYELARASAN PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN GARIS PANDUAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) TAHUN 2019

BANGI - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pindaan Undang-Undang dan Garis Panduan BSK  pada 15 hingga 17 Oktober 2019 bertempat Institut Semarak FELDA (ISEF). Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang melibatkan seramai 20 orang pegawai dan kakitangan BSK Seksyen Negeri yang di kendalikan oleh Tuan Shamsuddin bin Hussain,  Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memantapkan dan memperkemaskan undang-undang dan garis panduan BSK JKSM serta perkongsian kepakaran dan pengalaman di antara Pegawai BSk Seksyen Negeri.

Hasil bengkel ini akan mewujudkan SOP pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah sebagai rujukan dan panduan dalam mengendalikan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan di Mahkamah Syariah.

PROGRAM NAZIRAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK), JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan program Naziran di BSK Seksyen Negeri Kedah pada 22 Ogos 2019 (Khamis). Program tersebut telah disertai oleh 4 orang pegawai dari BSK Ibu Pejabat yang diketuai oleh Dr. Jazilah binti Mohd Saad@Mat Saud, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM. Pelaksanaan program ini merupakan perancangan tahunan JKSM bagi tahun dan kesinambungan program pada tahun yang lalu.

Objektif pelaksanaan program Naziran ini antaranya bertujuan untuk memantau, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta mengukur tahap pencapaian dalam gerak kerja BSK Seksyen Negeri. Kaedah atau mekanisme yang digunakan adalah antaranya  melalui pemeriksaan dan penilaian dokumen serta sesi temubual.

Diharapkan agar dapatan hasil penemuan Naziran ini dapat membantu BSK Seksyen Negeri dalam menilai kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang telah ditetapkan dan seterusnya meningkatkan berusaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.

AKTIVITI PROMOSI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK), JKSM SEMPENA SEMINAR ADVOKASI KEKELUARGAAN ISLAM:‘MEREALISASI KELUARGA RAHMAH’ ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

KUALA LUMPUR – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah menyertai akitiviti promosi BSK JKSM dan kaunter khidmat nasihat perundangan bersempena Seminar Advokasi Kekeluargaan Islam: ‘Merealisasi Keluarga Rahmah’ anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 22 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberi informasi yang bermanfaat bagi mencapai matlamat utama seminar ini dianjurkan iaitu Perealisasian Keluarga Rahmah. Antara pengisian program ini ialah perkongsian ilmi daripada Penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Penceramah Bebas, YBrs. Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, USIM, dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanafi Bin Abd Rahman, Pendakwah Bebas/ Pengamal Perubatan Islam.

Sepanjang program berlangsung, petugas telah memberikan penerangan mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Malasyia (JKSM) dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) serta permasalahan tuntutan nafkah, perceraian, faraid kepada peserta seminar serta pengunjung. Program seminar ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat, Datuk Dr. Shahruddin Bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG AGENSI-AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Satu Majlis Flag Off Jalur Gemilang diadakan pada petang ni bertempat di Dataran JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menyertai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meraikan pelepasan konvoi Persatuan Motor Zero-To-300KM yang akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan kemerdekaan ini.

YB Menteri juga turut melekatkan jalur gemilang di atas kenderaan pejabat JAKIM.

Majlis berakhir dengan laungan 'Merdeka' oleh para hadirin.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
9 Ogos 2019

Lihat Gambar