Jumaat 28 Januari 2022
Text Size

 

MESYUARAT DASAR PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIAH (MDPKS) BIL. 1/2022

26 Jan 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im telah mempengerusikan Mesyuarat Perundangan dan Kehakimanan Syariah bil.1 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKSM.
 
Dalam ucapan aluan, YAA Dato’ Setia Dr. menarik perhatian ahli mesyuarat tentang saranan YAB Perdana Menteri semasa perhimpunan bersama warga agensi JPM supaya JKSM sebagai sebuah agensi di bawah JPM perlu bergerak seiring dengan agensi-agensi lain bagi memastikan setiap polisi dan dasar yang memberikan kebaikan kepada rakyat, khususnya berkaitan kehakiman dan perundangan Syariah.
 
Dalam pada itu juga semua agensi perlu untuk mempromosikan konsep keluarga Malaysia melalui semua medium sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 
Selain itu, beliau juga memperingatkan ahli mesyuarat tentang Amanat YB Menteri (HEA) semasa Perhimpunan Dwibulanan Agensi Agama semalam untuk menggembeling tenaga agar sama-sama mengukuhkan dan memartabatkan institusi agama khususnya institusi kehakiman syariah di Malaysia ini dengan menghayati nilai 6K:
i. Ketinggian Islam dan Syariatnya,
ii. Kebolehan,
iii. Kepantasan,
iv. Ketelusan,
v. Kebajikan dan
vi. Keberkesanan.
 
Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan kertas cadangan Terma Rujukan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Pindaan Undang-undang Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri Seluruh Malaysia [JKPUUS].
Kertas cadangan ini bertujuan untuk menubuhkan jawatankuasa khas penyelarasan dan pemantauan bagi aktiviti pindaan undang-undang syariah yang dilakukan oleh JKSN/MSN seluruh Malaysia.
 
Mesyuarat ini juga telah membincangkan penempatan Pegawai-pegawai BSK di JKSN/MSN. Untuk rekod Mesyuarat Dasar Perundangan dan Kehakiman Syariah telah dihadiri oleh ahli MDPKS yang terdiri daripada Pengurusan tertinggi JKSM, pengarah-pengarah Bahagian dan ketua-ketua unit JKSM

MAJLIS PERHIMPUNAN DWIBULANAN AGENSI DAN PENYAMPAIAN AMANAT YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

25 Januari 2022 | YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan hadir ke Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi dan Penyampaian Amanat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa II, Batu Muda, Kuala Lumpur.
 
Seramai 10 orang pegawai JKSM turut hadir bersama YAA Dato' Setia Dr. yang terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Unit JKSM.
 
Perhimpunan yang diurusetiakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini bermula tepat jam 2.00 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar selaku Pengerusi MAIWP.
 
Majlis kemudian diteruskan dengan amanat oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekankan kepada kematangan fikiran dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan selain sentiasa menyantuni keluarga Malaysia berdasarkan fungsi agensi/jabatan masing-masing tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa.
 
Majlis hari ini turut menyaksikan penyerahan replika cek bantuan kepada Guru KAFA berjumlah RM11.5juta dan bantuan Buku Teks KAFA berjumlah RM1.8juta.
 
Selain itu, majlis turut diserikan dengan Pelancaran Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan 2022 dan penyerahan borang wakaf secara potongan gaji kepada Ketua-Ketua Agensi.

TAKLIMAT i-SYARIAH OLEH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SARAWAK SEMPENA LAWATAN KERJA JKSM BAGI PROJEK TRANSFORMASI e-SYARIAH

13 Januari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak telah memberikan taklimat berkaitan sistem i-Syariah kepada rombongan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sempena lawatan kerja pembangunan transformasi esyariah.
 
Sistem i-Syariah yang telah di bangunkan oleh Sarawak Information System (SAINS). Projek i-Syariah ini menjadi sumber rujukan dan model bagi pembangunan transformasi esyariah versi-3. I-Syariah merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Datu Hj. Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak. Seterusnya taklimat tersebut telah disampaikan oleh oleh Tuan Najarudin Bin Nedri dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak.
 
Turut hadir sama dalam sesi taklimat tersebut ialah YA Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka yang juga ketua SME, eSyariah, YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM,Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPP Seksyen Rayuan dan KPP Seksyen Rekod dan warga JKS Sarawak dan BTMK JKSM.
 
Pada sebelah malam JKS Sarawak telah mengadakan jamuan makan malam kepada delegasi termasuk team SAINS Sarawak bertempat di hotel Hilton. YAA Datu Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak dalam ucapan berharap manfaat eSyariah V3 nanti akan dapat membantu JKSM menaiktaraf sistem di semua Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dalam mempertingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.

LAWATAN KERJA KE SAINS DATA CENTRE SARAWAK DAN MAHKAMAH TINGGI KUCHING BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT PELAKSANAAN ARTIFICIAL INTELLIGENT (AI) DAN COURT RECORDING SYSTEM (CRT)

13 Januari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak Information System (SAINS) bagi melihat dan mendengar taklimat pusat Data SAINS di Wisma Bapa Malaysia, Kuching Sarawak.
 
Pada sebelah petang, JKSM dan JKS Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke kompleks Mahkamah Kuching. Tujuan lawatan adalah bagi melihat pelaksanaan Artificial Intelligent (AI) dan Court Recording System (CRT).
 
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Y.A Tuan Azhahari Kamal Bin Ramli, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching, Y.A Dr. Haji Alwi Bin Haji Abdul Wahab, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching, Y.A Datuk Hjh Zaleha Rose Bte Datuk Hj Pandin, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuching, Y.A Tn Alexander Siew How Wai, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuching, Tuan Steve Ritikos, Pengarah, Mahkamah Negeri Sarawak dan Hakim-Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuching,Sarawak.
 
Manakala rombongan daripada JKSM diketuai oleh YA Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan turut disertai oleh YAA Datu Hj. Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka yang juga ketua SME eSyariah, Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Najarudin Bin Nedri dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak. Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPP Seksyen Rayuan BPKR, KPP Seksyen Rekod, pegawai ICT JKSM dan wakil dari pihak SAINS Sarawak.
 
Hasil lawatan, delegasi dapat melihat dan mengetahui bagaimana pelaksanaan AI dan CRT di Mahkamah Tinggi Sarawak bagi implementasi di dalam eSyariah kelak.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Sarawak atas layanan dan sambutan yang sangat baik.