Jumaat 28 Januari 2022
Text Size

 

LAWATAN RASMI KE TAPAK PEMBINAAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH PAHANG

31 Mac 2021: Delegasi JKSM yang diketuai oleh YAA. Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak pembinaan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pahang yang terletak di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lawatan yang turut disertai oleh YAA Dato' Sri Abdul Rahman bin Md Yunus (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang), Ketua Pendaftar JKSM dan Pengarah Kanan Pengurusan JKSM bertujuan melihat perkembangan terkini projek yang bernilai RM34 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April tahun ini.

Sebelum memulakan lawatan tapak, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Sidek, Pengarah Kanan Projek di mana tahap kemajuan projek adalah sebanyak 95.03%.

Diharapkan agar kerja-kerja akhir pembinaan kompleks ini dapat disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan bagi memberi keselesaan kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan pelanggan mahkamah syariah yang berurusan kelak.

  

PROGRAM PENGUKUHAN SISTEM SOKONGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TAHUN 2021

27 Mac 2021– Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini telah menganjurkan Program Pengukuhan Sistem Sokongan Institusi Kekeluargaan bertempat di Dewan Taming Sari 1, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.


Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Hj. Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan turut dihadiri oleh YAA Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM serta wakil JAWI.


YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya mengharapkan agar program seumpama ini dapat membuka mata masyarakat berkaitan hak-hak mereka dalam perundangan Syariah serta mengetahui dengan lebih mendalam tentang fungsi dan peranan Mahkamah Syariah, Bahagian Sokongan Keluarga dan agensi berkaitan isu kekeluargaan.


YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan agar objektif program ini tercapai dalam memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan isu semasa institusi kekeluargaan di Malaysia serta memberikan penjelasan terhadap kaedah penyelesaian dan pertikaian yang ada di Mahkamah Syariah.


Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan di dalam program ini yang disampaikan oleh Puan Nik Azizon binti nik Azemi (Penolong Pengarah Kanan Unit Psikologi Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat), YAA Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir (Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan MSWP), YBrs. Dr. Jazilah binti Mohd Saad@Mat Saud (Pegawai Penyelidik Pejabat Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM).


Dalam Majlis ini juga, pihak JKSM dengan kerjasama JAWI telah menyampaikan bantuan food bank kepada peserta yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan ngo seramai 80 orang sekitar kawasan Wilayah Persekutuan.

 

MAJLIS APRESIASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2021

26 Mac 2021: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menganjurkan Majlis Apresiasi JKSM Tahun 2021 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5 JKSM dan turut dipancarkan serentak secara dalam talian menggunakan Cisco Webex. Majlis yang julung kali diadakan ini adalah bagi meraikan pegawai yang bakal bersara tahun ini selain menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 dan Anugerah Pegawai Contoh (APeC) Tahun 2020 & Tahun 2021.


Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang menzahirkan jutaan penghargaan ke atas barisan urusetia dalam menjayakan majlis kali ini. Seterusnya YAA Dato' Setia Dr. merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang bakal bersara tahun ini atas segala tenaga dan sumbangan bakti terhadap jabatan selama berkhidmat di sini. YAA Dato' Setia Dr. turut mengucapkan tahniah kepada para penerima APC dan APeC dan mengharapkan segala usaha cemerlang sebelum ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan JKSM yang bakal bersara pada tahun ini iaitu:
1. YA Tuan Hj. Othman bin Ibrahim (13.04.2021)
2. YM Raja Laila Jasmin binti Raja Baharom Shah (29.07.2021)
3. Puan Rohani binti Sarnan (29.04.2021)
4. Puan Azlina binti Bakri(01.05.2021)
5. Puan Sharifah Fadhilatu Mariam binti Syed Ali (24.12.2021)

Penerima APC JKSM pada tahun 2020 pula terdiri daripada 27 penerima iaitu:
1. Encik Mohd Khairul bin Ismail
2. Abdul Ghani bin Kiflie
3. Rohani binti Sarnan
4. Sofian binti Ahmad
5. Wan Nurulddin bin Wan Hussain
6. Ruzaini bin Razak
7. Zulaikha binti Kamaruzzaman
8. Che Wan Nur Asiqin binti Che Wan Mohd Shokri
9. Fazatul Hanim binti Ensuarnuruddin
10. Fardiah binti Mat Jaafar
11. Nor Aisyah binti Mohammad
12. Ahmad Zuhair bin A. Mubin
13. Qulam Fatimah binti Sapuani @ Ayub
14. Effah binti Abu Bakar
15. Muhamad Rizuan bin Ab Rasid
16. Mohd Hafiz bin Khairuddin
17. Muhamed Adlan bin Muhamed Bukri
18. Siti Noratina binti Osman
19. Mohd Yusof bin Sulaiman
20. Mohd Roshdan Hazimi bin A Rashid
21. Mohd Nazrin bin Mohd Ali
22. Muhammad Afiq binti Ab Samat
23. Mohd Zaid bin Mohd Noor
24. Badri bin Abdul Kader
25. Enelda Nurizzati binti Riman
26. Ahmad Husaini bin Othman
27. Alwai bin Hamat

Manakala penerima APeC bagi tahun 2020 dan 2021 pula adalah seramai 11 orang iaitu:
1. Effah binti Abu Bakar
2. Fardiah binti Mat Jaafar
3. Sarah binti Zaihan
4. Mohd Norman bin Abd Jalil
5. Zulkiflee bin Mohd
6. Afzainizam bin Abdullah
7. Fakhrul Hafizan bin Mohd Halid
8. Nursazrina binti Sulaiman
9. Fadzirah binti Abd Ali
10. Muhammad Amir Firdaus bin Sidin
11. Nur Balkhish binti Burhanuddin

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan selamat bersara diucapkan kepada bakal pesara.

 

  

PROGRAM KHAS : LIBAT URUS MAQASID SYARIAH PERINGKAT AGENSI YB MENTERI DI JPM TAHUN 2021

24 Mac 2021 : Bahagian Latihan JKSM dengan Kerjasama Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Program Khas : Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat Agensi YB Menteri Di JPM Tahun 2021 secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Terdahulu program telah dimulakan dengan ucapan aluan dari YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie. YAA Dato’ Setia Dr. di dalam ucapannya telah menyeru seluruh warga JKSM untuk memahami dasar Manhaj Rabbani yang berteraskan Maqasid Syariah.

Menurut YAA Dato' Setia Dr., program ini diadakan susulan titah dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, pada 18 Mei 2020 bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan akan terus dipertahankan selaras dengan ajaran Islam yang syumul dan dipacu oleh prinsip MAQASID SYARIAH, mewujudkan pentadbiran Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang hamoni, menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat.

Selari dengan itu, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah mengumumkan Dasar Manhaj Rabbani berteraskan Maqasid Syariah dan perlaksanaan i-MaqSD peringkat agensi-agensi Agama pada 25 Januari 2021 yang lalu.

Program kemudian diteruskan dengan ceramah bertajuk Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah dan Perlaksanaan I-MaqSD oleh Ustazah Nor Safina Binti Zainal yang merupakan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM.

Objektif program ini adalah memastikan semua warga JKSM mempunyai pengetahuan dan terlibat di dalam urus tadbir berteraskan Maqasid Syariah dan menguar-uarkan kepada mengenai perlaksanaan I-MaqSD kepada semua agensi agama khususnya JKSM dan program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan JKSM seramai 79 orang peserta secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex manakala 30 orang secara fizikal di Bilik Latihan Syariah, Bahagian Latihan.