Selasa 12 November 2019
Text Size

 

Program Kehakiman

Pengenalan

Latar Belakang
Cawangan Mahkamah Rayuan Syariah (Program Kehakiman) merupakan suatu cawangan yang khas diwujudkan berfokus kepada pengendalian kes-kes Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia.

Selain itu, ia juga berfungsi untuk menjalankan penyelidikan-penyelidikan dari semasa ke semasa berkaitan prosiding kes-kes rayuan di Mahkamah Syariah.

Cawangan ini adalah terdiri dari ahli-ahli Panel Rayuan Syariah yang terdiri dari Hakim-Hakim Rayuan Syariah termasuklah Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Setiap ahli Panel Rayuan ini dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik iaitu Pegawai Syariah Gred LS48, seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N22 dan seorang Pemandu Gred R10.

Setiap Pegawai Penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya membantu ahli-ahli Panel Rayuan dalam menjalankan fungsi Cawangan Hakim Rayuan Syariah (Program Kehakiman) ini.

 

Fungsi

Antara Fungsi Cawangan Mahkamah Rayuan Syariah (Program Kehakiman) adalah seperti berikut:-

  • Menjadi Pengerusi atau Ahli Panel Rayuan Syarie Negeri atas lantikan Ketua Hakim syarie;
  • Mendengar rayuan dan memutuskan semua kes daripada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri;
  • Mendengar, menyemak, mengulangkaji dan memutuskan kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri;
  • Menyediakan laporan kes Mahkamah Rayuan Syariah Negeri;
  • Menyediakan laporan kes rayuan untuk dimuatkan di dalam Jurnal Kehakiman Islam.
  • Membuat Kehakiman kes-kes rayuan yang dibicarakan di Negeri.

 

Objektif

  • Mendengar rayuan dan memutuskan semua kes daripada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri;
  • Mendengar, menyemak, mengulangkaji dan memutuskan kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri;
  • Menyediakan laporan kes Mahkamah Rayuan Syariah Negeri;
  • Menyediakan alasan Glossary Link penghakiman bagi kes rayuan untuk dimuatkan di dalam Jurnal Hukum.
  • Menggubal Kaedah-kaedah untuk digunapakai di Mahkamah Syariah negeri-negeri.

 

Carta Organisasi Bahagian