Rabu 20 November 2019
Text Size

 

Logo Rasmi JKSM

 

RASIONAL LOGO

  • 'JKSM' singkatan dari perkataan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Huruf ‘ J ’ telah diolah membawa maksud kepada jabatan yang berwibawa dalam pengendalian dan pengurusan yang bersistematik.
  • Huruf ‘ K ’ ‘ S ’ ‘ M ’ telah dicantumkan, simbol kepada penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan, ‘ Adil, Cekap, dan Teratur. ’


WARNA

  • Biru : Melambangkan kesatuan, bermaksud kerjasama antara pegawai atasan dan pegawai bawahan yang terjalin erat dan sedia bantu-membantu.
  • Oren/Jingga : Melambangkan ketegasan sistem perundangan dalam mengendalikan kes-kes secara adil, cekap dan teratur.



TULISAN JAWI

  • Membawa maksud JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA. Penggunaan tulisan jawi adalah sebagai salah satu agensi islam yang mengekalkan warisan tulisan jawi.



MOTTO

  • ' SYARIAH ASAS KEADILAN ' adalah motto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.