Logo Rasmi JKSM
- Butiran
- Dicipta: Isnin, 26 November 2018 12:22
RASIONAL LOGO
- 'JKSM' singkatan dari perkataan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
- Huruf ‘ J ’ telah diolah membawa maksud kepada jabatan yang berwibawa dalam pengendalian dan pengurusan yang bersistematik.
- Huruf ‘ K ’ ‘ S ’ ‘ M ’ telah dicantumkan, simbol kepada penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan, ‘ Adil, Cekap, dan Teratur. ’
WARNA
- Biru : Melambangkan kesatuan, bermaksud kerjasama antara pegawai atasan dan pegawai bawahan yang terjalin erat dan sedia bantu-membantu.
- Oren/Jingga : Melambangkan ketegasan sistem perundangan dalam mengendalikan kes-kes secara adil, cekap dan teratur.
TULISAN JAWI
- Membawa maksud JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA. Penggunaan tulisan jawi adalah sebagai salah satu agensi islam yang mengekalkan warisan tulisan jawi.
MOTTO
- ' SYARIAH ASAS KEADILAN ' adalah motto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.