Selasa 15 Oktober 2019
Text Size

 

Fasakh

Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
  • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
  • Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
  • Telah mati pucuk.
  • Telah gila selama tempoh 2 tahun.
  • Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
  • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
  • Memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Melupuskan harta isteri.
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
  • Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
  • Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.