Khamis 1 Oktober 2020
Text Size

 

BULAN PELUPUSAN JKSM 2016

BERMULA Disember 2016, Seksyen Rekod telah menganjurkan Bulan Pelupusan Rekod JKSM di mana salah satu objektif penganjuran program ini adalah untuk melupuskan rekod-rekod tidak aktif dan tidak rasmi (working copies) untuk melegakan ruang sebelum berpindah ke pejabat baharu pada tahun 2017.

Program ini telah dibahagikan kepada empat sesi iaitu minggu pertama (1-9 Disember) adalah tempoh penyenaraian dan pengasingan, minggu kedua (12-16 Disember) adalah tempoh penilaian, minggu ketiga (17-26 Disember) adalah tempoh pelupusan dan minggu keempat (27-30 Disember) adalah tempoh pelaporan.

Alhamdulillah, sebanyak 1, 110 kilogram rekod dan dokumen telah dimusnahkan menggunakan kaedah rincih di Infodel Management Sdn. Bhd. Bertempat di Puchong, Selangor. Insha-Allah, dengan sambutan yang menggalakkan dari semua bahagian di JKSM, program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.