wrapper

Pengumuman

PENGENALAN MS ISO 9001:2008


Tujuan

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan standard MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.


Latar Belakang

Pelaksanaan SPK berasaskan standard MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam Malaysia adalah selaras dengan standard ISO 9000 yang ditetapkan oleh International Organisation For Standardization (ISO) dan diterima pakai oleh Jabatan Standard Malaysia melalui siri-siri standard Malaysia atau Malaysian Standard (MS). Justeru itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan, pindaan atau pengenalan standard baru oleh ISO, maka pelaksanaan MS ISO di Sektor Awam perlu diselaraskan bagi menepati kehendak dan keperluan standard tersebut.

Selaras dengan pengeluaran standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008, semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Oleh itu, Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk mengambil salah satu tindakan berikut:

a) bagi agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008 selewat-lewatnya pada akhir tahun 2010

b) bagi agensi yang belum mendapat pensijilan atau sedang dalam tindakan mendapatkan pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan disarankan untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008; dan

c) bagi agensi yang sedang dalam tindakan tetapi masih belum mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.

 

REKOD SALINAN DOKUMEN KUALITI

BIL NAMA PROSEDUR KELUARAN TARIKH KELUARAN CATATAN
1. MANUAL KUALITI JKSM-MK 08 12 November 2015  
2. PENGENDALIAN KES MAHKAMAH RAYUAN JKSM-PKU 01 04 12 November 2015  
3. KAJIAN KEPERLUAN PEMBINAAN ARAHAN AMALAN JKSM-PKU 02 08 12 November 2015  
4. PEMANTAUAN PEMATUHAN ARAHAN AMALAN DI JKSN/MSN JKSM-PKU 03 09 12 November 2015  
5. KAWALAN DOKUMEN JKSM-PKPS 01 09 12 November 2015  
6. KAWALAN REKOD JKSM-PKPS 02 07 12 November 2015  
7. TINDAKAN PEMBETULAN JKSM-PKPS 03 08 12 November 2015  
8. TINDAKAN PENCEGAHAN JKSM-PKPS 04 08 12 November 2015  
9. PENGENDALIAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN JKSM-PKPS 05 08 12 November 2015  
10. KAWALAN KETIDAKPATUHAN PERKHIDMATAN JKSM-PKPS 06 07 12 November 2015  
11. AUDIT DALAM JKSM-PKPS 07 07 12 November 2015  
12. MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN JKSM-PKPS 08 07 12 November 2015  
13. PEMBINAAN MODUL LATIHAN JKSM-PKPS 09 08 12 November 2015  
14. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN LATIHAN JKSM-PKPS 10 08 12 November 2015  
15. PENGURUSAN KHIDMAT MEJA BANTUAN ICT – HELPDESK JKSM-PKPS 11 05 12 November 2015  
16. KAWALAN PERCETAKAN JKSM-PKPS 12 08 12 November 2015  
17. PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL JKSM-PKPS 13 02 12 November 2015  

** Tarikh kuatkuasa bagi semua dokumen yang dipinda bermula 5 Januari 2016

 

GARIS PANDUAN BAGI SISTEM KAWALAN DOKUMEN MS ISO 9001

BORANG CADANGAN PINDAAN DOKUMEN ISO

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

1.png7.png5.png5.png6.png5.png
This month16418
Total175565
Jumaat, 23 Jun 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 21 Jun 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family