wrapper

Pengumuman

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْد للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن، وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda.

Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan izinNya dapat saya menitipkan kata-kata permulaan daripada saya sebagai peneraju utama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula 5 September 2017.

Institusi kehakiman Syariah bukanlah suatu institusi yang baru di bumi Malaysia ini. Ianya telah mula wujud sejak dari zaman pemerintahan melayu lama. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya Glossary Link undang-undang yang cenderung kepada undang-undang Syariah. Namun, tamadun manusia berubah dengan pantas, pembangunan ekonomi dan sosial berkembang dengan pesat. Justeru, sistem kehakiman Syariah di Malaysia perlu bergerak selari dengan peredaran zaman. Institusi kehakiman Syariah tidak boleh selesa di takuk sedia ada. Sebaliknya, perlu bersedia untuk menerima dan menghadapi cabaran globalisasi pada masa akan datang dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh isu-isu muamalat, perbankan, persyarikatan dan pemilikan Glossary Link harta yang semakin kompleks yang melibatkan pemilikan oleh orang Islam.

Mutakhir ini, institusi kehakiman Syariah berhadapan dengan pelbagai cabaran silih berganti. Isu-isu berkaitan hak-hak asasi manusia turut dibangkitkan. Di samping itu, fenomena akidah yang tidak berlandaskan ahli sunnah wal-jamaah turut menjadi ancaman kepada masyarakat Malaysia. Pegawai dan kakitangan perlu melengkapkan diri dengan ilmu bukan sahaja dari bidang kehakiman. Malah, bidang-bidang lain yang berkaitan sebagai persiapan untuk berdepan dengan golongan ini yang terdiri daripada para ilmuan dan intelek.

Justeru, besar harapan saya agar institusi kehakiman Syariah ini yang terdiri dari pelbagai komponen dapat bersama-sama berganding bahu, memberi komitmen penuh bersama agensi persekutuan mahupun negeri dalam menghadapi cabaran yang akan mendatang.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa kita semua adalah bersaudara. Sehubungan itu, saya menyeru agar bersama-sama kita bergandingan dan bersatu padu memartabatkan institusi kehakiman Syariah ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا”
“Seorang mukmin terhadap orang mukmin yang lain seperti satu bangunan, sebagian mereka menguatkan sebagian yang lain”

Ingatlah, kekuatan sesuatu institusi itu bermula dari kekuatan dalaman.
Semoga institusi kehakiman Syariah ini terus dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa dan di Malaysia khususnya.

Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SYARIAH ASAS KEADILAN"


(DATO' HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM)
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

 

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png6.png0.png0.png9.png5.png
This month25470
Total260095
Isnin, 25 September 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 19 September 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family