wrapper

Pengumuman

Hadhanah

Failkan kes di Glossary Link Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta.

Sekseyen 84(1) Akta Glossary Link Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa Glossary Link hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Glossary Link Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Seksyen 82, Akta Glossary Link Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa syarat-syarat menjadi hadinah ialah: 
(a) dia adalah seorang Islam; 
(b) dia adalah sempurna akal; 
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu; 
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan 
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 81, Akta [303], 
(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga Glossary Link anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. 

(2) Jika Glossary Link Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Glossary Link Hukum Syarak daripada mempunyai Glossary Link hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas; 
(b) bapa; 
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas; 
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa; 
(e) kakak atau adik perempuan seibu; 
(f) kakak atau adik perempuan sebapa; 
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; 
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; 
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; 
(j) emak saudara sebelah ibu; 
(k) emak saudara sebelah bapa; 
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari: 

Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png5.png9.png4.png7.png6.png
This month24851
Total259476
Ahad, 24 September 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 19 September 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family