wrapper

Pengumuman

Penceraian

Dalam perkara ini, walaupun suami tidak bersetuju untuk Glossary Link bercerai secara baik, isteri tetap mempunyai Glossary Link hak untuk memfailkan tuntutan  perceraian di Glossary Link mahkamah Syariah berdasarkan peruntukan Glossary Link hukum Syarak dan Glossary Link undang-undang yang berkuatkuasa ke atas pengadu.

Berdasarkan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap Negeri, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu secara talaq, ta’liq, khulu’, fasakh dan li’an. Huraian secara ringkasnya berhubung dengan jenis-jenis perceraian tersebut adalah seperti berikut :

(a) Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri;

(b) Perceraian Secara Ta'liq

Ta'liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas 'aqad nikah. Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara 'aqad nikah. Glossary Link Amalan ta'liq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syara', tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria. Lafaz ta'liq yang dibuat oleh suami semasa upacara 'aqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara ta'liq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri;

(c) Perceraian Secara Khulu'

 Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia. Perceraian secara khulu' boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau Glossary Link harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk;

(d) Perceraian Secara Fasakh 

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri; dan

(e) Perceraian Secara  Glossary Link Li'an

Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan Glossary Link anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi. Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat Glossary Link sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai li'an turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.

 Sebelum pihak isteri berhasrat untuk memfailkan permohonan perceraian, adalah menjadi suatu keutamaan bagi pihak isteri untuk meneliti terlebih dahulu alasan-alasan yang sesuai, tepat dan munasabah bagi mewajarkan sesuatu permohonan itu dibuat. Ini adalah bagi memastikan permohonan tersebut tepat dan selaras dengan kehendak hukum syarak dan undang-undang, Peraturan serta Glossary Link Arahan Amalan yang berkuat kuasa. Sekiranya fakta atau alasan-alasan yang dikemukakan itu tidak menepati maksud perceraian yang dipohon sama ada secara ta’liq, fasakh dan sebagainya, kemungkinan besar kes tersebut akan ditolak oleh mahkamah.

Untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut, pihak isteri adalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pandangan daripada pihak-pihak yang berautoriti di Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri atau mahkamah syariah yang berdekatan.

Glossary Link Cerai adalah perkara harus yang paling di benci oleh Allah, oleh itu jadikan cerai sebagai langkah terakhir menyelesaikan masalah. 

Saya nasihatkan agar Puan solat istikharah mohon pertunjuk Allah untuk tabahkan hati untuk memohon perceraian, jika cerai adalah baik bagi Puan, keluarga dan baik di sisi Islam mohonlah kekuatan untuk Puan tabah mengusahakannya sebaliknya jika terus hidup bersama dengan suami adalah yang terbaik di sisi Allah maka mohonkan kekuatan untuk menjadi isteri solehah sehingga mampu memimpin suami agar menjadi suami soleh seterusnya hidup bahagia seterusnya.

Jika telah nekad ingin Glossary Link bercerai Puan boleh terus ke Glossary Link Mahkamah Syariah berhampiran (di mana Puan tinggal). Contohnya, kalau Puan tinggal di Putrajaya pergilah ke Mahkamah Syariah Putrajaya, jika di Shah Alam pergilah ke Mahkamah Rendah Shah Alam.

Bagi tujuan pendaftaran kes, hanya Pemohon sama ada suami atau isteri perlu hadir ke Mahkamah memandangkan ia hanya untuk mendaftarkan kes.

Dapatkan borang mohon untuk bercerai dan isi. Bawa bersama surat nikah, surat beranak anak-anak, kad pengenalan dll yang berkaitan jika nak pasti apa perkara perlu sila berhubung dahulu (telefon) mahkamah berkenaan.

Selepas hantar borang Tuan/Puan akan diberi tarikh panggilan ke mahkamah (sebutan/bicara) dalam tempoh 21 hari. Tuan/Puan juga boleh dapatkan khidmat rundingan dari Pegawai Sulh. apabila di perlukan (kalau perlu kena mohon hadir majlis sulh). Biasanya terus sebutan/bicara. Kalau suami setuju cerai biasanya kes ringkas dan diakhiri lafaz cerai, namun jika tidak mungkin puan perlu pinda kes kepada mohon cerai taklik atau fasakh mengikut alasan yang berkaitan. Alasan taklik ikut lafaz taklik di belakang surat nikah, alasan fasakh lihat seksyen 52 Akta Keluarga .

Seksyen 52. Glossary Link Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Glossary Link Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya ( Glossary Link nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

[Pin. Akta A902:s.16]

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

(iv) melupuskan Glossary Link harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi Glossary Link undang-undang terhadap harta itu; atau

(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau Glossary Link amalan agamanya; atau

(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Glossary Link Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

[Pin. Akta A828:s.5]

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(1A) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang persetubuhan.

[Mas. Akta A902:s.16]

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga Glossary Link hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Semoga jawapan saya dapat menjelaskan dan membantu puan membuat keputusan yang tepat.

a) Glossary Link Nafkah eddah
b) Mut’ah
c) Glossary Link Harta Sepencarian
d) Hadhanah ( Glossary Link Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal

Selepas berlaku sesuatu perceraian, sekiranya perceraian tersebut telah disahkan oleh Glossary Link Mahkamah Syariah dan suatu keputusan telahpun dibuat, maka pihak suami atau isteri perlulah mengambilnya dari pihak Mahkamah.

Setelah diperolehi keputusan tersebut pula, maka puan atau bekas suami hendaklah mengemukakannya kepada Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan oleh Glossary Link Pendaftar Nikah, Glossary Link Cerai dan Rujuk.

              a) Untuk keputusan cerai : di Mahkamah Syariah

              b) Untuk daftar cerai : di Pejabat Agama Islam

Kebiasaannya tempoh yang diambil untuk mendapatkan sijil cerai tersebut adalah 2 minggu dari tarikh pendaftaran penceraian di pejabat agama tersebut. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi pejabat agama yang berdekatan.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png4.png0.png3.png6.png
This month1343
Total314036
Khamis, 13 Disember 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 12 Disember 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family