Seseorang isteri yang telah diceraikan suami sekiranya masih dalam tempoh eddah, adalah masih berada di dalam tanggungjawab suami termasuklah tempat tinggal. Walau bagaimanapun, masing-masing tidak boleh tinggal bersama kecuali telah berlaku rujuk antara keduanya.

Rujuk adalah boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu dengan lafaz atau dengan perbuatan, walau bagaimanapun menurut Mazhab Shafie, rujuk hendaklah dilakukan melalui lafaz.