JKSM DEKAT DIHATI SAYA – YB TIMBALAN MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€ | YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan menzahirkan rasa teruja dan penghargaan atas sambutan yang penuh mesra daripada warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ketika sesi lawatan beliau ke JKSM pada petang ini.

YB Senator telah disambut oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Syarie JKSM, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Pengurusan tertinggi JKSM, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

β€œJKSM dekat di hati saya” merupakan ungkapan yang cukup bermakna lahir dari hati YB Timbalan Menteri ekoran beliau cukup sinonim dengan JKSM dalam melaksanakan pelbagai program kerjasama sepanjang beliau berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum ini.

Tambahan beliau, kehadiran JKSM juga patut dirasai oleh semua lapisan masyarakat demi menzahirkan Jabatan ini sebagai Institusi yang menegakkan sistem kehakiman syariah di Malaysia.

Dalam mendepani pelbagai cabaran dan halangan, semua warga JKSM dan institusi kehakiman syariah perlu sentiasa berfikir di luar kotak dan menyeluruh bagi menuju ke arah sistem pentadbiran Islam yang lebih baik selaras dengan konsep Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri. Konsep Madani ini adalah selari dengan konsep sedia ada yang dibahaskan sekian lama oleh para ulama’ silam

Ujarnya lagi, Dalam waktu ini kerajaan perlu mengimbangi keseluruhan pemegang taruh (stake Holder) agar dapat melaksanakan undang-undang syariah di tahap yang optimum.

YB Timbalan Menteri juga mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan daripada JKSM agar semua input yang diutarakan dapat dicambah dan dikupas menjadi idea yang bernas demi kelestarian kehakiman syariah di Malaysia.

JKSM sangat bertuah kerana mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri yang mempunyai latar belakang undang-undang yang sama daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan keduanya merupakan anak didik Prof. Ahmad Ibrahim yang banyak berjasa kepada institusi kehakiman Syariah.

Tahniah diucapkan atas pelantikan YB Senator semoga dengan pelantikan ini akan dapat melonjakkan lagi mutu perkhidmatan institusi perundangan Syariah di Malaysia

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on December 21, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024