JKSM SERTAI MISI BANTUAN BANJIR KE MENTAKAB, PAHANG

30 Disember 2021 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah turut serta di dalam misi bantuan banjir melibatkan agensi-agensi di bawah YB Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Mentakab, Pahang.

Terdahulu, majlis ringkas pelepasan skuad bantuan banjir tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary di perkarangan Kompleks Islam Putrajaya.

Skuad Banjir JKSM kali ini disertai lebih 50 orang pegawai dan kakitangan termasuk YA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Mat Zain (Hakim Rayuan Syariah JKSM), Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM) selain dibantu oleh skuad Moudarabak 4×4 Club.

Sebaik selesai majlis pelepasan, Skuad Banjir JKSM bergerak menuju ke Masjid Abu Bakar di Mentakab untuk pembahagian kumpulan dan sebelum bergerak ke Kampung Gajah Mati yang teruk terjejas di dalam bencana banjir baru-baru ini.

Rumah yang dipilih untuk dibantu adalah rumah yang terletak jauh di pendalaman kampung yang mana belum dikunjungi oleh mana-mana sukarelawan atau NGO sebelum ini.

Untuk rekod, misi bantuan kali ini turut disertai oleh hampir 400 sukarelawan agensi-agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri selain sukarelawan dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa pertubuhan mahasiswa seperti GAMIS dan NISA.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024