21 Mac 2013 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Unit Komunikasi Korporatnya dengan jayanya telah menganjurkan Program Destinasi ke Kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. Ianya menjadi pentas yang terbaik untuk mempromosikan JKSM sebagai peneraju undang-undang syariah di negara ini. Selain dapat mendekatkan hubungan antara JKSM dan UIAM, dengan wujudnya program seperti ini, ianya dapat memberi pendedahan laluan kerjaya dan bayangan masa hadapan kepada mahasiswa mahasiswi UIAM kelak.
