15 April 2013 (Isnin), Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Pahang (SBSK) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang disertai oleh Penolong Pengarah Kanan SBSK, Penolong Pengarah SBSK dan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, manakala di pihak JBG di wakil oleh Pengarah JBG dan lima orang pegawainya.
Berita Terkini
LAWATAN KERJA RASMI SBSK JKSTR KE JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI TERENGGANU
22 APRIL 2013 (Sabtu) Kuala Terengganu, – Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (SBSK JKSTR) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu di Kompleks Permint Harmoni Batas Baru, Jalan Engku Sar, Kuala Terengganu.
