3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan Penyusunan Semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-
- Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
- Wujudkan struktur organisasi JKSM.
- Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.
- Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.
- Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
- Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.
![]() |
Pada awal penubuhan 1998, pejabat JKSM terletak di Aras 3, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang merupakan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. |
| 1998 | |
![]() |
Pada tahun 1999, pejabat JKSM berpindah ke lokasi Aras 3, Blok Perpustakaan Awam Islam JAKIM, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. |
| 1999 | |
![]() |
Lokasi JKSM seterusnya berpindah ke Aras 6, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. |
![]() |
Kemudian pada 10 Julai 2001, ibupejabat JKSM telah ditempatkan di Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sehingga sekarang |
| 2001 - sekarang |








