Pada 3 Oktober 2010, Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah menjalankan satu sesi temubual di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Temubual ini bertujuan mendapatkan pendapat dan pandangan berkaitan keberkesanan program latihan anjuran JKSM. Ianya merupakan salah satu peringkat yang perlu dilaksanakan bagi melengkapkan pengumpulan data Kajian Keberkesanan Program Latihan Anjuran JKSM.
Proses temubual tersebut telah dijalankan oleh :
- Prof Madya Dr Nik Hasnaa binti Nik Mahmood (Penyelidik luar)
- En Jamalulail bin Danial (Penyelidik luar)
Temubual tersebut diiringi oleh Tuan Mohd Khairul Hamiz bin Mohd Hussin (Penolong Pengarah Kanan BDP). Manakala responden yang ditemubual terdiri daripada 2 orang Hakim Mahkamah Rendah bagi daerah Yan dan Kubang Pasu.




