
IPOH - Lawatan Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSNPk) telah diadakan pada 14 Januari 2011 (Jumaat), bersamaan 9 Safar 1432H pada jam 8.30 pagi bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak dalam melaksanakan fungsi dan peranan SBSK yang telah ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.
Lawatan kerja yang diketuai oleh Dr. Haji Mohd Naim Bin Hj Mokhtar, Timbalan Pengarah BSK serta turut dihadiri beberapa orang pegawai di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM telah disambut oleh Tuan Mohd Rahim bin Hj Abdullah, selaku Ketua Pendaftar JKSNPk sebagai pengerusi majlis, Y.A Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Y.A Hakim-hakim Mahkamah Rendah, pegawai-pegawai kanan serta semua kakitangan SBSK JKSNPk. 

Secara dasarnya lawatan kerja yang julung kalinya diadakan selepas penubuhan BSK adalah bagi membincangkan penerimaan penempatan pegawai dan kakitangan SBSK di Mahkamah Syariah Negeri-negeri serta masalah-masalah yang berbangkit.

Sesi perbincangan telah dimulakan dengan taklimat sejarah penubuhan, fungsi serta tahap pencapaian terkini BSK yang disampaikan oleh Dr Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar dan telah diakhiri dengan soal jawab dengan jayanya.




