Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Amalan 5S

  • PDF
 

PENGENALAN 5S

5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkan di Jepun. Amalan Penjagaan kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemas dan bersih berdasarkan kepada prinsip "tempat untuk semua dan semua ditempatnya".

Tujuan utama penjagaan kebersihan ialah untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti dan seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik.

 
 

 OBJEKTIF 5S

5 OBJEKTIF 5S YANG INGIN DICAPAI JABATAN IALAH :

  1. Memastikan produktiviti pekerja meningkat
  2. Melahirkan warga JKSM yang berdisiplin dan sentiasa bermotivasi
  3. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik dan kondusif
  4. Mengamalkan langkah-langkah penjimatan dalam pengurusan
  5. Memastikan anggota saling bantu membantu dan bekerjasama

 

 

 

POLISI 5S JKSM

JKSM beriltizam untuk sentiasa mengamalkan budaya kerja yang cekap dan cemerlang, dengan persekitaran yang selesa dan indah demi kepuasan pelanggan.

  
 

 

DEFINISI LOGO & SLOGAN

DEFINISI LOGO

logo5s_1

WARNA
Warna biru laut : ketenangan
Warna merah: sentiasa bersemangat
Warna oren: bersikap berani
Warna hitam : bersikap profesional

SIMBOL
Bunga raya: Tradisi 5S yang tidak patut dilupakan
Bulat : Sebulat suara dalam mencapai matlamat 5S
5S Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal
JKSM Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

DEFINISI SLOGAN
BERSIH : Amalan 5S akan menjadikan suasana bersih
dan ceria. Persekitaran yang menarik dan teratur juga
dapat meningkatkan imej profesional pengurusan jabatan
dikalangan pelanggan.

BERSISTEMATIK: Susun atur yang tepat dapat menjimatkan
ruang, kos, tenaga elektrik dan masa yang diambil
untuk memproses dokumen.

BERKESAN: Amalan 5S yang berkualiti akan memberi
kesan yang besar dan bermanfaat kepada setiap kakitangan

 
 

PROSES 5S

  • Seiri (Sisih)
    Menyisih barang-barang yang tidak perlu dan membuangnya.
  • Seiso (Sapu)
    Membersih tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran diatas lantai, meja, mesin dan perkakas lain.
  • Seito (Susun)
    Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.
  • Seiketsu (Seragam)
    Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi setiap masa.
  • Shitsuke (Sentiasa Amal)
    Melatih pekerja mematuhi peraturan / piawaian yang telah dibuat supaya penjagaan kebersihan bertambah baik dan menjadi budaya.
 

QRJKSM

Waktu Bekerja

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627