Saturday, Oct 25th

Last update12:00:00

Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Tetapan

Lawatan Kerja BSK JKSM Ke JKSN Kelantan

  • PDF

KOTA BHARU - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNKn) pada 10 Julai 2011 (Ahad) bersamaan 8 Syaaban 1432H bertempat di Aras 2, Bilik Mesyuarat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan.

Lawatan kerja yang diketuai oleh Pengarah BSK, JKSM YBrs. Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar telah disambut baik oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Dato’ Aria Diraja Haji Daud bin Mohammad sebagai pengerusi majlis, YA Hakim- hakim Mahkamah Tinggi Syariah (MTS), YA Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah (MRS), Ketua Pendaftar, Pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan, wakil dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) serta semua kakitangan SBSK JKSNKn.

Majlis telah dimulakan pada sesi pagi dengan menjemput Pengarah BSK, JKSM iaitu YBrs. Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar untuk mengendalikan Bengkel Tatacara Mal  kepada semua Hakim-hakim Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. Manakala pada sebelah petangnya pula YBrs. Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar telah menyampaikan taklimat penerangan dan dialog berkenaan dasar pelaksanaan BSK serta peranan yang dimainkan oleh BSK dalam membantu Mahkamah melaksanakan Perintah Mahkamah yang berkaitan nafkah anak dan isteri.

Sesi dialog telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat respon yang baik daripada YAA Ketua Hakim Syarie serta Hakim-hakim Mahkamah Tinggi/Rendah Syariah. Pelbagai persoalan dan cadangan yang dibincangan bersama. Antaranya ialah konsep nafkah, penyaluran dana dan kutipan balik dana.  

Lawatan kerja tersebut berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada YAA Ketua Hakim Syarie, Dato’ Aria Diraja Haji Daud bin Mohammad kepada Pengarah BSK, JKSM.


GAMBAR SEKITAR LAWATAN KERJA BSK JKSM
KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN (JKSNKn)

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 09 Ogos 2011 16:42

QRJKSM

Statistik Pelawat

Hari Ini:28
Semalam:150
Bulan Ini:3722
Bulan Lepas:4648
Keseluruhan:243176

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627