Thursday, May 23rd

Last update04:08:32

Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel
Profil Jabatan Latarbelakang Visi, Misi, Objektif

Visi, Misi, Objektif

  • PDF

 
V
isi

Untuk menjadikan sebuah agensi pusat yang berwibawa bagi merealisasikan penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan.

 

 

M
isi

Untuk menyeragamkan peruntukan undang-undang Islam di seluruh negara serta pengendalian kes-kes rayuan secara berkesan dan bersistematik.

 

 

S
logan

"Syariah Asas Keadilan"
 

 

O
bjektif

 

  • Mewujudkan Undang-Undang Islam berhubung dengan pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri;

  • Memastikan semua negeri menggunakan Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Am Persekutuan;

  • Memastikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah dikendalikan dengan adil,cekap dan teratur;

  • Memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dengan meluas bagi melicinkan pentadbiran kehakiman syariah;

  • Membangunkan Pusat Sumber bagi kegunaan pegawai dan orang awam berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah;

  • Menggerakkan sumber-sumber penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah bagi memajukan sistem pengurusan dan kehakiman syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;

  • Melaksanakan keperluan latihan kepada semua pegawai dan kakitangan institusi perundangan dan kehakiman syariah di seluruh negara.

 

 

P
iagam Pelanggan

 

  • Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
  • Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
  • Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
  • Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan;
  • Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga;
  • Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
  • Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan;
  • Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
  • Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 

 

 

 

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 01 April 2013 10:10

QRJKSM

Waktu Bekerja

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627