Untuk menjadikan sebuah agensi pusat yang berwibawa bagi merealisasikan penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan.
Untuk menyeragamkan peruntukan undang-undang Islam di seluruh negara serta pengendalian kes-kes rayuan secara berkesan dan bersistematik.
"Syariah Asas Keadilan"
- Mewujudkan Undang-Undang Islam berhubung dengan pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri;
- Memastikan semua negeri menggunakan Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Am Persekutuan;
- Memastikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah dikendalikan dengan adil,cekap dan teratur;
- Memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dengan meluas bagi melicinkan pentadbiran kehakiman syariah;
- Membangunkan Pusat Sumber bagi kegunaan pegawai dan orang awam berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah;
- Menggerakkan sumber-sumber penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah bagi memajukan sistem pengurusan dan kehakiman syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;
- Melaksanakan keperluan latihan kepada semua pegawai dan kakitangan institusi perundangan dan kehakiman syariah di seluruh negara.
- Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
- Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
- Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
- Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
- Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan;
- Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga;
- Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
- Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan;
- Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
- Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.




