Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Tetapan

KEGAGALAN PEMATUHAN PERINTAH NAFKAH MEMBIMBANGKAN

  • PDF

KEGAGALAN PEMATUHAN PERINTAH NAFKAH MEMBIMBANGKAN Selasa, 17 Januari 2012- Sebanyak 206,113 kes perceraian telah difailkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sepanjang tahun 2000 sehingga 2009. Daripada jumlah tersebut, kes nafkah yang difailkan hanyalah sebanyak 15,380 kes iaitu bersamaan 7.5% sahaja. Manakala daripada jumlah tersebut pula, sebanyak 80% atau bersamaan 12,300 kes bekas suami gagal mematuhi perintah nafkah yang sekaligus  menyebabkan hak isteri dan anak-anak terabai.


Refleks kepada isu tersebut, YBhg Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ketika di slot Mahligai Kasih, Radio IKIM menasihatkan wanita agar tampil ke hadapan dengan memfailkan kes penguatkuasaan perintah di Mahkamah Syariah menerusi perkhidmatan BSK.

 

Pelbagai jenis penguatkuasaan boleh diambil apabila menghadapi situasi kegagalan bekas suami membayar nafkah seperti Saman Penghutang Penghakiman, Penyitaan dan Penjualan, Penyitaan dan Penghantarserahan Harta Alih, Hiwalah, Notis Penghakiman, Ubah Perintah Saman Penghutang Penghakiman sehinggalah tindakan  Pemenjaraan.

 

Selain tindakan mal, wanita juga boleh memfailkan tindakan jenayah dengan membuat aduan kepada penguatkuasa agama di Jabatan Agama Islam kerana bekas suami telah menghina Mahkamah. Seksyen 10, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa jika seseorang itu sabit kesalahan, maka mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 KEGAGALAN PEMATUHAN PERINTAH NAFKAH MEMBIMBANGKAN

 

Mengulas mengenai tindakan yang boleh diambil tersebut, Dr.Na’im menegaskan, “Walaupun wanita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap bekas suami yang ingkar tersebut di Mahkamah Syariah, tetapi adalah diharapkan agar kaum lelaki menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya agar tidak menjadi bebanan mereka di Akhirat kelak.”

 

Untuk rekod, BSK bersiaran di “Mahligai Kasih” radio IKIMfm bermula 3 Januari sehingga 28 Februari 2012 dan ke udara setiap Selasa bermula jam 5.00-6.00 petang.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 19 Januari 2012 09:24

QRJKSM

Statistik Pelawat

Hari Ini:93
Semalam:144
Bulan Ini:4047
Bulan Lepas:4175
Keseluruhan:230304

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627