|

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dengan adanya laman ini, JKSM berharap dapat menyalurkan maklumat mengenai fungsi jabatan kepada masyarakat dengan lebih cepat melalui komunikasi elektronik selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkau batas sempadan.
Kewujudan laman web ini juga menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk menyediakan maklumat terkini berhubung institusi kehakiman syariah di Malaysia. Oleh itu, pembangunan laman web ini merupakan salah satu usaha ke arah peningkatan dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan jabatan menepati objektif jabatan dan kehendak kerajaan.
Selain laman web ini, jabatan turut membangunkan Portal E-Syariah (http://www.esyariah.gov.my/) dengan harapan kedua-duanya dapat dijadikan rujukan dan kemudahan kepada masyarakat yang berurusan dengan mahkamah syariah di seluruh Malaysia. Ini kerana saya yakin ICT adalah satu dari media hubungan yang sangat berkesan dan memberikan impak yang besar kepada masyarakat. dalam persaingan dunia global hari ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama untuk menjayakan program jabatan terutama pihak MAMPU yang telah banyak menyumbang idea bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan sehingga ke tahap yang ada sekarang.
Akhir kata selamat melayari laman web ini dan mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan. Terima Kasih dan Wassalam.
Sekian. Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "SYARIAH ASAS KEADILAN"
(TAN SRI IBRAHIM LEMBUT)
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
|