Unit Keselamatan ICT dan SOP BTMK, JKSM telah mengadakan satu bengkel PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DALAM SEKTOR AWAM (MS ISO/IEC 27001:2007) (ISMS) SOA bertempat di Dewan Persidangan Aras 4, Mahkamah Syariah Putrajaya.
Bengkel ini memberi peluang kepada kakitangan BTMK untuk memberikan idea di dalam menjayakan bengkel ISMS SOA ini. Bengkel ini telah dijayakan oleh penceramah yang didatangkan khas daripada MAMPU, Bahagian Pematuhan ICT iaitu Pn. Nur Hidayah Binti Abdullah.
Bengkel ini dimulakan dengan dengan penerangan daripada Pn. Nur Hidayah Binti Abdullah mengenai Statement Of Applicability (SOA) dan fungsiannya di dalam pengurusan sistem keselamatan maklumat di dalam sektor awam. Sesi pertama ini menerangkan informasi yang berkaitan dengan SOA ISMS. Beliau juga menerangkan perkembangan ISMS di peringkat nasional dan global serta cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi di dalam membangunkan ISMS.
Pada hari pertama 15 Feb 2012, bengkel SOA ini diteruskan kepada memasukkan input kepada dokumen SOA terhadap 133 kawalan di dalam Annex A. Keperluan input yang diberi mestilah selari dengan bukti yang akan dinyatakan ketika perlaksanaan audit.
Pada hari kedua, input bagi Communication And Management dimasukkan kedalam dokumen SOA. Kemudian diteruskan dengan input Access Control, Information Systems Acquisition dan Development And Maintenance. Pada hari ketiga bengkel diteruskan dengan tiga lagi kategori iaitu Information Security Incident Management, Business Continuity Management dan Compliance.
Kesemua peserta bengkel ini amat berpuas hati dengan penerangan yang telah diterima. Peserta juga banyak mengemukakan persoalan dan pendapat kepada penceramah mengenai persedian dokumen SOA dan pensijilan yang bakal dilaksanakan kelak. Mereka juga berpuas hati dengan segala kemudahan dan khidmat yang diberikan oleh urusetia bengkel terutama dari segi modul bengkel dan makanan.
Akhir sekali, bengkel Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat Dalam Sektor Awam (Ms Iso/Iec 27001:2007) (ISMS) SOA ini telah dapat dijayakan dengan baik. Penceramah dan semua ahli jawatakuasa yang terlibat berpuas hati dengan perjalanan bengkel ini. Perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat di atas kebenaran dan peruntukkan yang diberikan untuk menjalankan bengkel ini.
Perhargaan terima kasih juga kepada Pn. Nur Hidayah Binti Abdullah kerana kesudian beliau untuk memberikan segala ilmu dan tunjuk ajar. Ahli jawatan kuasa bengkel ini memberikan penghargaan kepada kesemua mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Ucapan terima kasih juga urusetia bengkel kerana memberikan perkhidmatan terbaik untuk menjayakan bengkel ini.
LAMPIRAN
15 Febuari 2012
8:00 am - Pendaftaran peserta bengkel / Sarapan pagi.
9:00 am - Taklimat/Pengenalan SOA
1:00 pm - Makan Tengahari
2:15 pm - Bengkel SOA
4:30 pm - minum petang / bersurai
16 Febuari 2012
8:00 am - Sarapan pagi
8:30 am - Bengkel SOA
1:00 pm - Makan Tengahari
2:15 pm - Bengkel SOA
4:30 pm - minum petang / bersurai
17 Febuari 2012
8:00 am - Sarapan pagi
8:30 am - Bengkel SOA
12:00 pm - Makan Tengahari / Solat Jumaat
2:45 pm - Bengkel SOA
4:00 pm - Penutupan / Minum petang/ bersurai
BENGKEL PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DALAM SEKTOR AWAM (MS ISO/IEC 27001:2007) (ISMS) SOA BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
8:30AM – 4:30PM @ 15-17 Febuari 2012
Disediakan oleh Mohamad Fuad
UKIS / UHST BTMK JKSM




