Wednesday, May 22nd

Last update12:00:00

Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

BENGKEL PROMOSI KESEDARAN, PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN SISTEM E-SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (ZON SELATAN)

  • PDF

BENGKEL PROMOSI KESEDARAN, PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN SISTEM E-SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (ZON SELATAN)Melaka, 20 Jun 2012 – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Bengkel Promosi Kesedaran, Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem E-Syariah (Zon Selatan).

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini, bermatlamat memberi kesedaran tentang penggunaan dan pelaksanaan Sistem E-Syariah kepada staf Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri. Majlis yang berlangsung di A’Famosa Resort, Melaka telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


Seramai 6 orang penceramah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah memberi penerangan mengikut modul masing-masing. Modul-modul yang terlibat ialah Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS), e-Nafkah, e-Bicara, Sulh, Sistem Pendaftaran Peguam Syarie (SPPS), Kewangan dan Statistik. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh para peserta untuk menanyakan soalan secara langsung kepada pegawai berkenaan mengenai masalah dihadapi tentang penggunaan Sistem E-Syariah. Di samping itu, para peserta juga memberi cadangan penambahbaikan seperti menyeragamkan prosedur setiap negeri agar perjalanan sistem lebih lancar.

Selain pelaksanaan bengkel, sesi riadah turut dijalankan dengan mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan 33 orang peserta, penceramah, fasilitator dan urus setia bengkel. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bowling kelapa, pecah belon dan ikat kaki. Aktiviti yang dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jabatan ini telah dijuarai oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka bagi kumpulan lelaki dan wanita.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Rozman Bin Mat Sidek, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya membantu staf Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri meningkatkan produktiviti kerja dengan penggunaan sistem ini sepenuhnya. Bengkel ini juga telah mendapat maklum balas baik daripada peserta dan akan diteruskan promosi seterusnya di Zon Timur pada bulan Julai 2012.

 

Gambar 1
Gambar 1Perasmian bengkel oleh YAA Tan Sri Ibrahim Bin Lembut

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4


Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 20 Julai 2012 15:28

QRJKSM

Waktu Bekerja

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627