Sunday, May 19th

Last update12:00:00 AM

Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel
About Us Background Division Family Support Division

Family Support Division

  • PDF

 
Sejarah Penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM

Kebelakangan ini juga, timbul desakan daripada masyarakat khususnya daripada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), supaya tindakan yang lebih proaktif dan efektif dilaksanakan ke atas mereka yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah.

Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu unit di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Cadangan untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga ini juga dilihat sebagai satu langkah yang amat bijak dan tepat pada masanya, bagi mengatasi masalah berhubung dengan pelaksanaan perintah. Sebenarnya, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang mengambil berat mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga. Mereka juga telah mengorak langkah lebih awal dan proaktif untuk menubuhkan suatu agensi atau badan khas yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Antara negara-negara terlibat adalah seperti yang berikut :-

  • i. Australia - 'Child Support Authority (CSA)' di mana matlamat penubuhannya ialah bagi menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak.

Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM

BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 4, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Matlamat BSK :

  • Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen.
  • Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri

Fungsi BSK :

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
  • Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
  • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
  • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
  • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.

Objektif BSK :

  • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
  • memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
  • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
  • Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah;

URUSETIA JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK BSK

  • Membuat ketetapan dasar berkenaan BSK JKSM
  • Melantik Jawatankuasa Kerja BSK
  • Mengemukakan sebarang perkara dasar kepada jemaah menteri, MKI dan Majlis

JAWATANKUASA KERJA BSK

  • Menetapkan dasar dan polisi BSK;
  • Memperincikan fungsi BSK;
  • Memantau fungsi BSK sehingga dapat dilaksanakan dengan betul dalam tempoh masa 6 bulan;
  • Menyemak semula ‘review’ kewujudan dan kaedah pelaksanaan BSK;
  • Menilai pelaksanaan BSK;
  • Membuat penyelidikan untuk rujukan;dan
  • Membuat perancangan masa depan BSK.
 

QRJKSM

Working Hours

Monday - Thursday
8.00 a.m- 1.00 p.m
2.00 pm - 5.00 pm
Friday
8.00 am -12.15 p.m
2.45 pm - 5.00 pm

Saturday & Sunday : Public Holidays

Contact Us

  • Address: Syariah Judiciary Department Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Phone: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627
You are here About Us Background Division Family Support Division