Wednesday, May 22nd

Last update04:08:32

Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel
Profil Jabatan Latarbelakang Bahagian Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan

Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan

  • PDF

 
LATAR BELAKANG PUSAT SUMBER

Pusat Sumber di JKSM merupakan agensi pusat yang menyelaraskan aspek pengurusan pusat sumber di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada Negeri-negeri Gunasama, penglibatan di seluruh negeri juga dijalankan secara menyeluruh kerana sistem pengurusan perpustakaan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri juga akan menggunapakai sistem ILMU yang merupakan salah satu aplikasi e-syariah yang diusahakan oleh JKSM.

Pusat Sumber JKSM telah ditubuhkan pada 15 Disember 1998. Pada peringkat awal, ia ditempatkan di Tingkat 3, Bangunan Perpustakaan Awam Islam, Pusat Islam Malaysia. Kemudian telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Pada 1 Julai 2000 pula, Pusat Sumber JKSM telah berpindah ke Aras 2, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dan dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perpustakaan.

Kini, Pusat Sumber JKSM semakin berkembang dengan memiliki seramai 7 orang kakitangan iaitu :

• Seorang Ketua Penolong Pengarah Unit Pusat Sumber
• Seorang Pustakawan
• Seorang Penolong Pegawai Perpustakaan
• 2 orang Pembantu Perpustakaan
• 2 orang Pembantu Syariah
• Seorang Pembantu Am Pejabat

Pada tahun 2009, koleksi bahan Pusat Sumber adalah sebanyak 17,800 buah buku merangkumi koleksi bahan Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

FUNGSI

Peranan dan fungsi Pusat Sumber JKSM adalah sebagai satu pusat pengurusan rujukan dan maklumat induk yang akan melibatkan pemantauan, perolehan, pendokumentasian, pembangunan dan khidmat nasihat yang akan meliputi penyelarasan perpustakaan seluruh Jabatan Kehakiman Syariah / Mahkamah Syariah Negeri-negeri.

MISI

Sentiasa komited dalam usaha membangun,  menyelengggara, menyelia serta mewujudkan  sebuah koleksi maklumat perundangan Islam yang mantap  di Jabatan dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri yang menerima pakai Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah yang diletakkan di bawah pengawasan  Pusat Sumber JKSM di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan keperluan maklumat semasa JKSM


VISI

Berazam untuk menjadi sebuah pusat rujukan ilmiah dalam perundangan syariah yang unggul dan terbaik


OBJEKTIF

  • Membina dan memperkukuhkan dari masa ke semasa koleksi dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah agar ia selaras  dengan misi Pusat Sumber JKSM;
  • Mengurus, menyimpan, menyelia serta mengemaskini semua sumber- sumber maklumat yang berkaitan dengan keperluan pengguna Pusat Sumber JKSM;
  • Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna  dalam membantu pencarian maklumat serta berusaha memenuhi kehendak dan keperluan pengguna Pusat Sumber JKSM.

 

QRJKSM

Waktu Bekerja

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2-4,Blok D7,Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya, Malaysia
  • Tel: (+603) 8886 4800
  • Fax: (+603) 8889 1627
. Profil Jabatan Latarbelakang Bahagian Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan