Pilihan Bahasa
 
  PENGUMUMAN                                            
.
  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Cetak

 

PENGIRAAN FARAID


Apa Itu Faraid?
Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak,Isteri,Suami,Ibu,Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada bentuk agama (Zakat,Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

1. Tanah,Bangunan ( Rumah, Kilang, Gudang dall)
2. Barang Kemas (Emas, Perak dll)
3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak)
4. Tanah,Kebun, Ladang dll
5. Barang kemas (emas, perak dll).
6. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
7. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll

 

Hukum Berkenaan Faraid

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan. dan FARDU KIFAYAH kepada umat Islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya,

Apakah Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid?

sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya

1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.

Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil

Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku.
- Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka. 
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang  sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan  untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang  meninggal  itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai  beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak  mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

- Surah An-Nisa :11.

 

 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 15 Disember 2014  
Tarikh : Jumaat, 19 Disember 2014   27. Safar 1436
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :183
mod_vvisit_counterKelmarin :439
mod_vvisit_counterMinggu Ini :2018
mod_vvisit_counterBulan Ini :9770
mod_vvisit_counterKeseluruhan :693203

 

Login JKSNS