Terjemahan Bahasa Asing
 

TERKINI DARI JKSN SABAH _______________________________________



Cetak

Proses tingkatkan taraf Mahkamah Syariah di peringkat akhir

PUTRAJAYA 9 Jun - Proses meningkatkan taraf sistem perundangan syariah di negara ini iaitu dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima peringkat kini berada di tahap akhir dan akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, draf mengenai pindaan perundangan tersebut telahpun siap namun perlu dibentangkan kepada majlis agama negeri dan ketua agama Islam negeri, memandangkan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Sehingga kini katanya, draf itu telah dibentangkan kepada sebahagian besar majlis agama negeri serta ketua agama Islam negeri, kecuali bagi Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.
"Kita bentang, terima apa saja teguran dan pandangan, kita balik betulkan balik dan tunjukkan balik.
"Kalau dah selesai persetujuan itu baru kita bawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja, sebab bila di peringkat negeri dah setuju apabila dibawa ke Majlis Raja-Raja kita harap di situ akan menjadi satu tempat untuk kita mendapat kuasa untuk dibawa ke Parlimen untuk diberi kelulusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA
 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
myplan
esyariah
 
Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2012 JKSN Sabah
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 800
 
Dasar Privasi
|
|
|
 
Kemaskini Terakhir : 2 MEI 2013
Tarikh : Jumaat, 24 Mei 2013   15. Rejab 1434 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130, 88734 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-253579      Faks : 088-263475
  
WAKTU URUSAN KUANTER
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup
Kunjungan Pelawat : 
Ikuti Kami :

Facebook-SMS

 

Login JKSNS