KELAS BACAAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303)

16 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua pengarah JKSM pagi ini telah dijemput sebagai penceramah dalam Kelas Bacaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Cawangan Labuan ini dihadiri oleh Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin (Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI) dan peserta yang terdiri daripada Pendaftar Nikah, Cerai, Dan Rujuk (PNCR) dan Penolong Pendaftar NCR Jawi Labuan.

Untuk rekod, kelas bacaan Akta ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung pemakaian akta 303 di mana setiap seksyen dikupas, dibahas dan diperincikan satu persatu bagi memastikan kefahaman semua peserta terhadap ilmu yang dipelajari mencapai tahap optimum.

Pada hari ini, YAA Dato’ Setia Dr. menerangkan dengan mendalam seksyen 5 hingga 8 yang menyentuh tentang pembubara perkahwinan dan umur minimum untuk berkahwin selain penerangan kepada para peserta akan prinsip undang2 yang terpakai di Malaysia.

Di samping itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut mengingatkan tentang kepentingan memahami prinsip undang-undang syarak mengikut peraturan yang sebenar-benarnya sekaligus menjanjikan keadilan kepada semua masyarakat Islam.

Kelas bacaan yang berkonsepkan komunikasi interaktif dua hala ini berlangsung bermula jam 9 sehingga jam 11 pagi.

Last Updated on March 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022 May 31, 2022 June 1, 2022 June 2, 2022 June 3, 2022 June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022 June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022 June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022 June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022 June 21, 2022 June 22, 2022 June 23, 2022 June 24, 2022 June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022 June 28, 2022 June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022 July 2, 2022 July 3, 2022