Khidmat PGSM bantu rundingan kes tuntutan mahkamah syariah

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar. – Foto Google

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang mempunyai kemusykilan berkaitan undang-undang syariah dinasihat supaya memanfaatkan Pusat Khidmat Nasihat Guaman Syarie PGSM (Khidmat PGSM).

Khidmat PGSM adalah platform rundingan guaman syariah dalam talian diperkenal Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berikutan kekangan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata platform itu bertujuan membantu masyarakat Islam mendapatkan khidmat nasihat secara percuma daripada peguam syarie dalam kalangan ahli PGSM di seluruh negara.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) berkata, Khidmat PGSM dapat membantu peguam syarie yang juga ahli PGSM menghadapi situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu katanya, pelanggan terutamanya dalam daerah terbabit dengan PKPB akan berhubung secara terus dengan firma berdaftar bersama Khidmat PGSM bagi menetapkan temu janji rundingan, pada tarikh dan masa sesuai.

“Masyarakat tidak perlu merentas negeri atau daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie, dan boleh berhubung terus firma berdaftar dengan Khidmat PGSM, untuk menetapkan temujanji bagi mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie.

“Jika pelanggan mendapatkan khidmat nasihat itu bersetuju membawa kesnya ke Mahkamah Syariah, fi guaman syarie bagi mewakili pelanggan berkenaan adalah berpatutan berdasarkan persetujuan bertulis antara pelanggan atau anak guam dengan panel peguam syarie terbabit,” katanya berucap merasmikan Majlis Pelancaran Khidmat PGSM secara dalam talian yang turut dihadiri Presiden PGSM, Musa Awang di sini, hari ini.

Musa berkata, khidmat PGSM tercetus berikutan isu membabitkan tuntutan ke Mahkamah Syariah masih berterusan sepanjang PKPP atau PKPB dikuatkuasakan.

Katanya, PGSM sebelum ini, ada melancarkan program khidmat rundingan guaman syariah dalam talian pada April lalu, yang masih diteruskan sehingga kini tetapi ia adalah terhad.

“Daripada situlah tercetusnya idea mewujudkan pusat Khidmat PGSM bagi memberi peluang kepada pihak terbabit mendapatkan nasihat perundangan syariah secara bersemuka, daripada peguam syarie bertauliah.

“Firma dipilih sebagai Pusat Khidmat PGSM dilengkapi bilik rundingan bagi tujuan khidmat nasihat, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Masyarakat yang mahu menggunakan perkhidmatan Khidmat PGSM boleh melayari laman sesawang https://khidmatspgsm.blogspot.com,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024