KUNJUNG HORMAT KE ATAS DUTA TURKI KE MALAYSIA

8 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Duta Turki ke Malaysia, H.E. Madam Dr. Merve Safa Kavakci.

Pertemuan bersejarah ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan antara Republik Turki dengan JKSM khususnya bagi mewujudkan peluang latihan kepada pegawai syariah seluruh Malaysia.

Selain itu, sesi perbincangan lebih menjurus kepada perkongsian pintar struktur kehakiman Syariah di antara Malaysia dan Turki yang boleh dimanfaatkan bersama dan menjadi role model kepada negera-negara Islam yang lain.

H.E. Madam Dr. Merve turut mempelawa Kehakiman Syariah Malaysia untuk mengadakan lawatan ke mahkamah-mahkamah di Turki pada tahun hadapan bagi berkongsi pandangan dan pengalaman.

Diharapkan agar pertemuan YAA Dato’ Setia Dr. dengan Duta Turki hari ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif bagi memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di samping meningkatkan tahap kompetensi pegawai syariah di seluruh Malaysia.

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024