KUNJUNG HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH MAMPU

3 DISEMBER 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertempat di Ibu Pejabat MAMPU, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini adalah pertemuan kali pertama antara kedua-kedua pihak setelah Datuk Dr. Yusof dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah MAMPU pada April 2020 yang lepas.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya pengisian jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di JKSM dan perancangan JKSM dalam mendigitalisasikan mahkamah syariah seluruh malaysia.

Bagi menjayakan usaha pendigitalan mahkamah syariah tersebut, JKSM memerlukan sokongan infra PDSA (perkhidmatan Cloud) dan rangkaian MyGov*Net daripada pihak MAMPU serta sokongan infrastruktur Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi aplikasi kritikal JKSM.

Turut dibincangkan adalah hala tuju Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 serta kerjasama pasukan perunding ICT MAMPU dalam penyediaan Pelan Strategik ICT JKSM dan penyediaan Enterprise Architecture JKSM

Alhamdulillah, YBhg. Dato’ Dr. KP MAMPU telah memberikan respons positif terhadap keseluruhan hasrat JKSM kecuali melibatkan perjawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang dibawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut adalah Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM, Tuan Mohd Razalan bin Kamal dan Pegawai Khas YAA Dato’ Dr. KP/KHS JKSM, Tuan Abdul Fattah bin Dato’ Kamarudin.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024