KUNJUNG HORMAT KE ATAS MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

2 April 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah mengetuai delegasi JKSM dalam kunjung hormat ke atas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang) dan YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) serta Prof Dr Abdul Munir Yaacob (Ahli Majlis MUIP).

Kunjung hormat yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan MUIP ini turut disertai oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan YAA Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Md Yunos (Ketua Hakim Syarie JKSN Pahang).

Terdahulu dalam pembuka bicara, YH Dato’ Ahmad Hairi mengalu-alukan kehadiran YAA Dato’ Setia serta para delegasi JSKM ke MUIP, dan sempat memberi taklimat latar belakang sejarah MUIP serta struktur organisasi MUIP.

Seterusnya, YAA Dato’ Setia Dr dalam ucapan balasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada MUIP atas kesudian melantik Hakim-Hakim Rayuan Syariah JKSM sebagai Panel Rayuan Negeri Pahang dan YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang usaha-usaha JKSM dalam menyeragamkan perundangan syariah di seluruh Malaysia.

Seterusnya perbincangan turut menjurus kepada isu-isu terkini, khususnya berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Negeri Pahang dan sesi kunjung hormat berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Turut hadir dalam kunjung hormat tersebut adalah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian JKSM dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah JKSN Pahang.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024