KUNJUNG HORMAT KE ATAS YAA KETUA HAKIM NEGARA

8 Disember 2021 | Delegasi JKSM hari ini telah mengadakan satu kunjungan kepada YAA Ketua Hakim Negara yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya.

Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh YA Datuk Radzi bin Abdul Latif, YA Datuk Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, YA Datuk Jasri@Nasip bin Mat Jakir, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz dan Puan Surayah Ramli. Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut bersama Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat adalah Datuk Seri Zawawi Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan.

Antara objektif utama kunjungan hormat ini adalah bagi menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pihak JKSM atas kesudian pihak YAA Ketua Hakim Negara membenarkan penggunaan Dewan Mahkamah Sivil di Sabah bagi tujuan prosiding perbicaraan kes rayuan syariah.

Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dalam penganjuran latihan yang dianjurkan secara dalam talian sebelum ini.

Alhamdullah, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan siri Latihan berkaitan Penulisan Alasan Penghakiman secara fizikal dimasa-masa akan datang dan pihak Tun bersedia untuk melatih pegawai syariah dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan Alasan Penghakiman.

Di akhir pertemuan, YAA Tun menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan pertemuan dengan semua Hakim Syarie Wanita seluruh Malaysia dalam program yang akan dianjurkan oleh pihak YAA Tun sendiri. Majlis diakhiri dengan bertukar-tukar tanda kenangan antara kedua-dua pihak.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah