KUNJUNG HORMAT KE ATAS YDP MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH

16 Februari 2021: YAA Dato Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah MUIS, Datuk Seri Dr Hj. Hasbullah bin Mohd Taha bertempat di Wisma MUIS Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan tersebut menjurus kepada persefahaman dalam urusan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah di peringkat negeri iaitu di JKSN Sabah serta di peringkat persekutuan.

Hasil pertemuan membuahkan hasil yang positif di mana pihak MUIS bersetuju berkerjasama untuk mempercepatkan Mesyuarat Pentadbiran Tertinggi MUIS bagi mengemukakan cadangan daripada JKSM untuk di bawa ke Mesyuarat Kabinet Kerajaan Negeri Sabah sebagai kata muktamad persetujuan.

Pihak MUIS juga akan sentiasa bersikap terbuka untuk meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya kepada setiap perkara yg dicadangkan oleh pihak JKSM dari semasa ke semasa dalam usaha memantapkan Sistem Pentadbiran Kehakiman dan Perundangan Syariah di Sabah.

Turut serta ialah Timbalan Yang DiPertua MUIS iaitu Datuk Haji Matussin bin Awang Damit, Ketua Hakim Syarie JKSN Sabah, YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman dan Ketua Pendaftar JKSN Sabah, Puan Surayah binti Ramlee.

Sesi pertemuan tersebut tamat sekitar jam 12.00 tengahari dan YAA Dato’ Setia Dr. serta para delegasi berkesempatan makan tengahari bersama Datuk Seri Dr. YDP MUIS.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022 Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022 Ogos 10, 2022 Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022 Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022 Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022 Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022 Ogos 23, 2022 Ogos 24, 2022 Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022 Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022 Ogos 30, 2022 Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022