KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA PENGERUSI JKMMS KE ATAS PEGUAM NEGARA

22 JULAI 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBhg. Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara.

Kunjung hormat ini turut diadakan bersama YBhg. Tan Sri Othman Mustapha, Pengerusi Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS).

Pertemuan kali ini bertujuan menyatakan hala tuju dan peranan JKMMS, keanggotaan jawatankuasa serta mengambil peluang membincangkan isu-isu terkini berkaitan hal ehwal perundangan syariah di Malaysia.

Seramai 12 tokoh dilantik dalam Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) yang diwujudkan semula bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara yang dilantik adalah YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM, mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha; Peguam Cara Negara; Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah; Ketua Hakim Syarii, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor; Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz.

Last Updated on July 22, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024