KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE ATAS DUTA ARAB SAUDI

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Dr. Mahmoud Hussein Qattan, Duta Arab Saudi di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan perancangan program-program latihan bersama institusi kehakiman Arab Saudi dengan penekanan latihan kepada aspek pentadbiran kehakiman syariah dan latihan bahasa kepada Pegawai-Pegawai seluruh Malaysia.

TYT Dato’ Dr. Mahmoud Hussein juga turut menawarkan MOU bersama JKSM dan kerajaan Malaysia, untuk menjadikan program kerjasama serta latihan ini kekal dilaksana setiap tahun.

Semoga dengan jalinan kerjasama strategik yang berterusan ini dapat memacu kecemerlangan sistem kehakiman dan perundangan syariah di antara kedua-dua negara khususnya di Malaysia.

Di akhir pertemuan, YAA Dato’ Setia Dr. telah dihadiahkan senaskhah alquran terjemahan Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dengan program kerjasama bersama institut bahasa UIAM.

Last Updated on April 20, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024