KUNJUNG HORMAT PENGARAH KANAN JKR KE JKSM

1 Jun 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini telah menerima kunjungan daripada Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid bertempat di Pejabat Ketua Pengarah JKSM.

Puan Nik Ainun merupakan salah seorang individu penting dalam pembangunan mahkamah syariah di mana beliau terlibat menjayakan projek pembangunan mahkamah syariah sejak RMKe-9 sehingga RMKe-12 iaitu hampir 15 tahun.

Kehadiran beliau ke JKSM bertujuan bertemu dengan YAA Dato’ Setia Dr. sebelum beliau bersara wajib pada 8 Jun 2022 nanti.

Untuk rekod, Puan Nik terlibat dengan pembangunan projek mahkamah syariah bermula tahun 2013 dan antara projek yang beliau kendalikan adalah Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.

YAA Dato’ Setia Dr. mengambil kesempatan dalam pertemuan ini mewakili seluruh warga JKSM/JKSN/MSN mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nik atas sumbangan beliau dalam menyiapkan projek pembangunan mahkamah syariah dan semoga segala keringat yang dicurahkan akan diganjari oleh Allah Taala.

Last Updated on June 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024