KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI (M) BERHAD

Putrajaya, 28 September 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM telah berbesar hati menerima kunjungan hormat dari barisan ahli lembaga Koperasi Pekerja-pekerja Jabatan Perdana Menteri (M) Berhad (Kop JPM).

“Koperasi ini beroperasi semenjak 1977 dan menerima keahlian daripada semua kakitangan JPM dan agensi di bawahnya. Malah bagi menggalakkan lagi penyertaan, koperasi ini turut membuka keahlian kepada ahli keluarga yang terdiri daripada suami/isteri dan anak-anak,” kata Dato’ Haji Zahir bin Osman selaku Pengerusi Kop JPM.

“Banyak produk yang disediakan oleh Kop JPM, antaranya skim simpanan khas koperasi yang terbuka kepada semua anggota. Dengan hanya minimum syer sebanyak RM100, ahli layak untuk mendapatkan hibah sebanyak 2 kali setahun. Malah pada tahun ini, kami berjaya menyalurkan hibah sebanyak 6%,” tambah beliau lagi.

Selain syer simpanan khas, Kop JPM juga terlibat dalam aspek perladangan, perhotelan, hartanah dan menyediakan kemudahan mikrokredit seperti pembiayaan pinjaman dan al-Rahnu. Malah Koop JPM juga amat menitik beratkan kebajikan ahli menerusi penyaluran biasiswa, pemberian harga diskaun sehingga 40% bagi penyewaan resort Koop JPM, hadiah untuk anak-anak anggota yang cemerlang dan sebagainya.

YAA Dato Setia Dr. juga dimaklumkan bahawa hanya 10% daripada warga JKSM yang terlibat dengan perkhidmatan Kop JPM. Justeru, beliau mencadangkan agar maklumat berkenaan koperasi ini disebarluaskan kepada warga JKSM menerusi taklimat semasa perhimpunan bulanan yang akan datang, memandangkan manfaat yang banyak diperolehi daripada kewujudan koperasi ini. Begitu juga pelbagai kerjasama boleh dilaksanakan kelak bagi memberikan manfaat seoptimumnya kepada semua pihak.

Untuk rekod, sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Encik Sidek bin Ahmad, Naib Pengerusi Kop JPM, Encik Khairu Radzi bin Hj Hussin, Pengurus Besar dan Encik Mohamad Yusof bin Endut, ahli lembaga Kop JPM.

Kurator Berita

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on September 29, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024