KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PENGARAH JABATAN BANTUAN GUAMAN KE ATAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

4 Mei 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang baharu, YBrs. Tuan Wan Jeffry bin Kassim bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah, Aras 7, JKSM.

Kunjung hormat ini merupakan perjumpaan pertama antara kedua-dua ketua agensi setelah YBrs. Tuan Wan Jeffry menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman bermula 1 Mei 2021 bagi menggantikan Puan Siti Salwa binti Musa yang telah bersara wajib dan beliau diiringi oleh Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG, Puan Zuraidah binti Ayob, Pengarah Litigasi (Syariah) serta Tuan Saharuddin bin Selamat, Pengarah Mediasi (Syariah).

YBrs. Tuan memulakan diskusi dengan merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian YAA Dato’ Setia Dr. meluangkan masa menerima kunjungan hormat tersebut dan antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan kekosongan penjawatan khususnya di JBG Sarawak, Pahang dan Johor yang memerlukan pengisian segera.

Selain itu, turut dibincangkan tentang kerjasama yang boleh dijalinkan oleh JBG negeri dengan Bahagian Sokongan Keluarga di negeri-negeri bagi kes penguatkuasaan perintah nafkah serta membantu pelanggan yang dalam tempoh parol bagi memudahkan mereka mendaftarkan kes di mahkamah syariah.

YBrs. Tuan dan delegasi JBG kemudiannya diiringi oleh YAA Dato’ Setia Dr. dan pegawai kanan JKSM melawat ke Galeri Kehakiman JKSM yang terletak di Aras 1 setelah selesai sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Besarlah harapan agar pertemuan ini merupakan satu langkah yang baharu dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi sekaligus memberikan impak yang positif dalam perkembangan Institusi Kehakiman Syariah negara.

Turut serta di pihak JKSM adalah Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Puan Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan) dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah BPKR JKSM).

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023
March 6, 2023(1 event) March 7, 2023 March 8, 2023 March 9, 2023 March 10, 2023 March 11, 2023 March 12, 2023
March 13, 2023 March 14, 2023 March 15, 2023 March 16, 2023(1 event) March 17, 2023 March 18, 2023 March 19, 2023
March 20, 2023 March 21, 2023 March 22, 2023(1 event) March 23, 2023 March 24, 2023 March 25, 2023 March 26, 2023
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023