KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK TABUNG HAJI KE JKSM

6 April 2022 | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’. Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar hari ini menerima kunjungan daripada Pengarah Tabung Haji Wilayah Tengah, Tuan Haji Khairoddin bin Ahmad bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan yang turut dihadiri oleh Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan (Tuan Haji Shahidan Taib) dan Pengurus Cawangan Tabung Haji Cawangan Putrajaya (Tuan Haji Sabri Sallleh) bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua -dua pihak selain berkongsi perancangan dan hala tuju terkini TH.

TH turut menyuarakan hasrat untuk melihat seluruh warga JKSM mendaftar akaun simpanan Tabung Haji dan sekaligus mendaftar haji termasuklah menggunakan Sistem Online Tijari Tabung Haji.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam pada itu menyambut baik hasrat yang disuarakan oleh YBhg. Tuan Haji sekaligus menyatakan komitmen beliau bagi membantu mempromosikan produk TH kepada pegawai dan kakitangan JKSM/JKSN/MSN seluruh Malaysia.

Turut hadir bersama di pihak JKSM adalah Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Encik Mohd Amiruddin bin Hamzah (Pengarah BKPSM) dan Encik Abdullah bin Mukhti (KPP BKPSM).

Last Updated on April 6, 2022

Kalendar JKSM

Ogos 9, 2022

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur