KUNJUNGAN HORMAT DUTA EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) KE MALAYSIA

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah menerima lawatan kunjungan hormat Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Khalid Ghanim Mohammad Alghaith bertempat di Pejabat Ketua Pengarah JKSM.

Tujuan utama kunjungan Duta UAE ke JKSM adalah untuk beramah mesra selain memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak khususnya dalam bidang kehakiman syariah.

YAA Dato’ Dr. menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan tentang sistem perundangan dan kehakiman yang digunapakai di Malaysia terutama tentang bidangkuasa undang-undang sivil dengan undang-undang syariah.

Selain itu, pelbagai isu turut dibincangkan antaranya kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak khususnya berkaitan latihan kehakiman kepada hakim-hakim syarie yang akan dikendalikan oleh Kerajaan UAE kelak.

YAA Dato’ Dr. turut melahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UAE dalam melatih pegawai syariah dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab.

Turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah Mrs. Nailofer AlBastaki (Deputy Head of Mission), Mr. Idris Osman (Media Affairs & Government Communication) dan Tuan Abdul Halim Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM).

Di akhir pertemuan, pihak Kerajaan UAE telah berbesar hati menyampaikan sumbangan 250 kotak buah kurma kepada Wakil Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024