KUNJUNGAN HORMAT JKSM KE PEJABAT PENGARAH PENGURUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TABUNG HAJI

28 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg. Dato’ Sri Amrin bin Awaluddin.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan dan mendapatkan pertimbangan mengenai dengan cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] bagi membolehkan pendedahan dokumen atau maklumat pendeposit dan pelaksanaan hiwalah oleh Mahkamah Syariah di Tabung Haji dengan menahan akaun pendeposit/ penghutang penghakiman bagi pembayaran tunggakan nafkah terhadap isteri/anak.

Untuk rekod, JKSM telah membincangkan dan mengemukakan cadangan agar Akta 535 dipinda bagi membolehkan Tabung Haji menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang diperlukan berkaitan dengan butiran deposit dan pendeposit Tabung Haji kepada Mahkamah Syariah apabila diperintahkan sedemikian.

Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan berkaitan dengan prosedur pelaksanaan perintah hiwalah di Mahkamah Syariah dan cara pembayaran yang boleh dibuat oleh Tabung Haji dalam membeku dan memindahkan wang pendeposit penghutang penghakiman kepada pemiutang penghakiman.

Turut hadir dalam kunjungan hormat hari ini adalah Pengarah BSK JKSM, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, Penolong Pengarah Kanan BSK JKSM dan pegawai-pegawai kanan Tabung Haji.

Diharapkan agar pertemuan kali ini menjadi titik tolak ke arah way forward bagi membolehkan pelaksanaan perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam menahan akaun pendeposit/ penghutang penghakiman di Tabung Haji.

Last Updated on March 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah