KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN PENJARA MALAYSIA DAN PERBINCANGAN BERKAITAN TAKLIMAT SOP PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) KEPADA PESALAH SYARIAH DAN SOP SEBATAN SYARIAH DI LUAR MAHKAMAH

22 Disember 2021 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah mengadakan perbincangan bersama YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Haji Nordin bin Haji Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

Delegasi JKSM diwakili oleh YA. Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM yang mewakili Ketua Hakim Syarie bagi membincangkan berkaitan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi Pesalah Syariah dan SOP Sebatan Syariah di luar penjara.

YBhg KJP Dato’ semasa ucapan mengalu-alukan kehadiran rombongan dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan bagi kedua-dua SOP ini yang telah dihasilkan secara kolaborasi yang baik di antara JKSM, JKSN dan MSN.

Menurut KJP Dato’, perlu ada kesinambungan kerjasama melalui taklimat kepada pegawai penjara mahupun pegawai Mahkamah Syariah bagi memperjelaskan pelaksanaan kedua-dua SOP ini.

YA Dato’ di dalam ucapan balas telah mengucapkan tahniah kepada YBhg. KJP Dato’ Nordin Haji Mohamad di atas perlantikan sebagai Komisoner Jeneral Penjara dan mendoakan agar YBhg. KJP Dato’ akan terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk memimpin Jabatan Penjara dengan lebih cemerlang dan seterusnya dapat terus bekerjasama dengan pihak JKSM terutama di dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

Seterusnya, sesi perbincangan menjurus kepada sesi taklimat yang akan diadakan secara bersama di antara JKSM dan Pegawai Perintah Kehadiran Wajib (Parol) di negeri-negeri.

Perkongsian tersebut akan melibatkan 7 siri penerangan yang diberi kepada beberapa zon yang akan melibatkan pegawai parol dan Hakim-Hakim dan juga pendaftar di Mahkamah Syariah.

Pelaksanaan hukuman PKW ini diharapkan akan mengurangkan kesesakan pesalah yang berada di Penjara-penjara di seluruh Malaysia seterusnya yang lebih penting adalah menimbulkan keinsafan kepada mereka-mereka yang telah dijatuhkan hukuman.

Turut hadir semasa pertemuan tersebut adalah YBrs. KP Dato’ Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti dan pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Manakala di pihak JKSM pula, hadir sama adalah Tuan Zakian bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR dan Tuan Muhammad Yusri bin Borhan Nordin KPP Seksyen Rayuan BPKR.

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024