KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH YBHG. DATO’ SARUL BAHIYAH BINTI HAJI ABU

3 Ogos 2022 (Rabu)| YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Sarul Bahiyah binti Haji Abu, Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) bertempat di Kompleks Pejabat Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengucapkan tahniah kepada YBhg Dato’ Sarul Bahiyah yang dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa pada 21 Februari 2022. Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut.

Dalam pertemuan ini juga, YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan memperkenalkan fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan peranan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

YBhg. Dato’ Sarul Bahiyah berasa sangat berbesar hati dengan kunjungan hormat ini dan pertemuan ini juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara JKSM, JKSNS dan Pejabat SUP Sabah.

Untuk rekod, kunjungan ini turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Last Updated on August 3, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024