KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

2 September 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

YAA Dato’ Setia Dr. diiringi oleh YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman (Hakim Syarie JKSN Sabah) dan Puan Surayah binti Ramlee (Ketua Pendaftar JKSN Sabah) bagi membincangkan dengan lebih mendalam tentang pembangunan mahkamah syariah di Sabah.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. mengambil kesempatan memaklumkan perkembangan terkini Kompleks Mahkamah Syariah Sabah yang telah siap sepenuhnya pada 22 Julai 2021 dan dijangka ianya akan mula beroperasi pada akhir tahun ini.

Terdapat dua projek pembinaan mahkamah daerah di Sabah yang sedang dalam perancangan pembinaan iaitu Mahkamah Syariah Daerah Papar serta Mahkamah Syariah Daerah Tawau dan JKSM telah memohon peruntukkan pembangunan untuk dua mahkamah syariah dalam RMK-12 iaitu di Sandakan dan Kudat.

Selaras dengan Arahan No. 1 2020 Jabatan Perdana Menteri yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020, JKSM akan lebih komited memantau projek-projek pembangunan fizikal dengan lebih dekat bagi memastikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dipatuhi dan dilaksanakan.

Di akhir pertemuan, YAA Dato Setia Dr. berkesempatan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ SUP atas kesudian membantu JKSM dan JKSN Sabah dalam memastikan semua isu tertunggak berkaitan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dapat diselesaikan dengan segera.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024